Penonton terkejut melihat aksi dan lakonan Zahirah Macwilson dan Maya Karin dalam filem Bulan & Pria Terhebat yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sekarang.

Menurut seorang pengguna Twitter yang menonton filem tersebut watak yang dibawa dua pelakon hebat itu lain daripada yang lain.

“Zahirah dan Maya Karin bawa watak lain daripada lain. Saya tak sangka selembut Zahirah dan Maya boleh adapt dengan watak ni yang jarang mereka ambil.

“I feel so good. 10 thumbs up from me!” tulisnya.
Pengguna twitter itu difahamkan memberi rebiu filem tersebut selepas menontonnya.

Selain Zahirah dan Maya, filem arahan Ghaz Abu Bakar itu turut dibarisi bintang hebat lain seperti Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Filem bergenre aksi komedi yang sudah mula ditayangkan pada 12 Mac 2020.

Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu secara ringkas mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.