Laman Utama

"Saya Tak Suka Orang Kutuk Isteri, Komen Melampau " - Yonnyboii Dedah Punca Muat Naik Status 'Sentap' Di IG

gempak
Mya Amri
01/06/2022
11:30 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Suka Orang Kutuk Isteri, Komen Melampau " - Yonnyboii Dedah Punca Muat Naik Status 'Sentap' Di IG
Penyanyi Yonnyboii akui terguris dengan komen biadap netizen terhadap isterinya, Nik Nazira berkenaan dengan penampilannya yang tidak bertudung.
Menurut Yonny, dia tiada niat untuk meluahkan isi hatinya menerusi posting di akaun Instagram namun terdapat beberapa komen melampau yang diberikan sehingga membekaskan kesan dihatinya.
“Sebenarnya saya kadang-kadang terasa, kadang tak sengaja pun nak melepaskan dekat IG. Cuma saya terbaca benda-benda yang saya tak patut baca.
“Komen dekat DM, TikTok semua penuh dengan kata-kata negatif. Ada satu komen tu membuatkan saya triggered.
“Benda itu melekat di hati, orang yang bercakap tu pula cakap tentang isteri saya iaitu sesuatu yang sangat sensitif buat saya.
“Saya tak suka, orang kutuk-kutuk isteri kita, cakap macam-macam, saya pun terasa lah. Saya tak suka tengok isteri saya saya sedih.
“Walaupun dia cakap dia okay. Cuma saya dapat rasakan dia sedih,” katanya kepada Gempak.
Yonny ditemui selepas sidang media AME2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsan Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Kata Yonny, artis juga merupakan manusia biasa yang mempunyai perasaan dan tidak lari dari melakukan kesilapan.
“Artis pun ada perasaan, kita semua ada hati dan perasaan. Kadang-kadang kita buat benda luar daripada apa yang kita selalu buat. Saya pun tak sengaja post benda tu.
“Tapi dah buat dan saya pun tak nak tarik balik. Sebagai suami sepatutnya saya bertanggungjawab untuk buat isteri saya rasa selamat, gembira dengan hubungan ini dan rasa tidak terancam dengan orang lain.
“Saya rasa semua suami di luar sana pun kalau isteri dia kena macam-macam sudah tentu mereka juga akan bertindak,” jelasnya.
Bagaimanapun, Yonny dengan ikhlas hati memohon maaf sekiranya posting tersebut ada mengguris mana-mana pihak.
“Saya cuma nak cakap kami ini pun hanyalah manusia biasa, buat silap juga, kami pun menjalani kehidupan yang dituju, kami semua sama seperti anda, macam orang biasa.
“Kalau ada yang cakap buruk pun, kami juga terasa. Maafkan saya kalau ada buat silap, kalau ada buat anda terasa apabila saya post macam tu.
“Cuma pada ketika itu saya agak panas dan sekarang dah sejuk. Dah okay. Harap doakan yang baik-baik dan kita boleh memahami antara satu sama lain. Insya-Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Yonny pernah meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan isterinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live