Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Takkan Pernah Tipu Kos Penghasilan Filem Saya" - Liyana Jasmay

liyana-jasmay-900x560.jpg
Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay akan sentiasa bersikap telus dalam soal bajet dan kos keseluruhan sesebuah filem yang dihasilkannya.

Menurut Liyana, masyarakat masa kini sudah tahu menilai kualiti filem dan membuat perbandingan, jadi, jika bajet yang digunakannya rendah, dia akan sentiasa bersikap terbuka untuk mendedahkannya kepada umum.

"Penonton zaman sekarang bijak, mereka tahu menilai kualiti sesebuah filem, saya pula akan sentiasa bersikap terbuka untuk berkongsi bajet penghasilan filem saya walaupun ia tidak mencecah jutaan ringgit.

"Saya takkan pernah tipu kos penghasilan filem saya, jika saya guna bajet rendah maka penonton akan faham.

"Tak guna jika saya cakap bajet saya berjuta-juta tapi kualitinya tidak setaraf dengan apa yang dikatakan itu," kata Liyana.

Liyana berkata demikian ketika ditemui di Pra-tonton Khas Media Filem Bella & Jamie arahan dan lakonannya bertempat di GSC Pavilion Isnin lalu.

Tambah Liyana, kos keseluruhan yang digunakan untuk penghasilan filem tersebut adalah RM 600,000.

Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem itu adalah Cik Puan Juliana Evans, Dynas Mokhtar dan Izzue Islam, ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 31 Januari ini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement