Laman Utama

"Saya Tarik Balik Kenyataan Saya" - Farid Kamil Mohon Maaf

gempak
Amri Hassan
12/04/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tarik Balik Kenyataan Saya" - Farid Kamil Mohon Maaf
Pelakon Farid Kamil tampil memohon maaf kepada isteri, Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli berhubung kenyataannya kepada media ketika ditemuramah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, pada Selasa.
Jelas Farid menerusi hantaran di Instagram Stories, dia menarik balik kenyataan yang disifatkan ada hubung kait dengan pihak ketiga.
"Saya tarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.
"Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).
"Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi," tulisnya.
Semalam Farid dilapor mendedahkan hubungannya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama terputus selepas mendakwa Diana menghalau wanita itu keluar dari rumah pada 2019.
Farid dilaporkan berkata, dia sudah lama tidak berhubung atau bertemu dengan ibu mentuanya.
BACA: Dah Lama Putus Hubungan Dengan Mentua, Farid Kamil Dedah Diana Danielle Dah Halau Ibunya Dari Rumah
Farid berkongsi mengenai perkara itu ketika ditanya mengenai komunikasi dengan ibu mentuanya selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak tinggal di rumah kelamin mereka.
Semalam, Farid mengemukakan tawaran perdamaian kepada Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Farid dilaporkan berkata, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Bagaimanapun, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan, anak guamnya itu menolak tawaran berkenaan, malah tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.
Akberdin dilaporkan berkata, berkata anak guamnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik selain membenarkan anak-anak dibawa Farid meraikan Aidilfitri di Sungai Petani, minggu depan.
Pasangan itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding yang sepatutnya dijadual berlangsung, semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024