Viral

“Saya Terima Kritikan…Tapi, Tolong Jangan Salahkan Model Itu” – Pemilik Butik Pengantin Minta Maaf

gempak
Fiza Kamarudin
06/11/2019
02:18 MYT
Sponsor Banner
“Saya Terima Kritikan…Tapi, Tolong Jangan Salahkan Model Itu” – Pemilik Butik Pengantin Minta Maaf
Pemilik butik pengantin yang menggunakan tanah perkuburan Kristian sebagai lokasi sesi fotografi memohon maaf di atas kesilapannya.
Dia turut memohon warga net agar tidak menyalahkan modei yang berada dalam gambar tular tersebut.
“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung.
“Saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya.
[[Baca: ‘Photoshoot’ Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian Cetus Kemarahan Netizen!]]
Pemilik butik tersebut dikenali sebagai Nur Amirah Amiruddin berkata, gambar yang diambil di tanah perkuburan Kristian Batu Pahat pada Ahad lalu adalah untuk suka-suka dan mencari kelainan.
Tambahnya lagi, foto-foto tersebut juga merupakan koleksi peribadi dan dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) bukan untuk mencari publisiti.
“Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.
“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.
“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,” katanya.
Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya.
“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.
“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri,” katanya.
Nur Amirah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook (FB) miliknya baru-baru ini.
Gambar itu kemudiannya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan warganet yang kurang senang dengan tindakan jurugambar seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024