Laman Utama

“Saya Terlupa Nak Balas Panggilan” – Aiman Tino Perjelas Salah Faham

gempak
Mya Amri
09/02/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Terlupa Nak Balas Panggilan” – Aiman Tino Perjelas Salah Faham
Penyanyi Aiman Tino akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan ibunya, Hazelina Mat jalil yang mengatakan dirinya sudah lupakan keluarga dan mengabaikan kerjaya seni.
Mengakui kesalahan sendiri, Aiman berkata perkara yang berlaku itu hanya salah faham kerana terlupa untuk membalas kembali panggilan daripada keluarganya.
"Semuanya salah faham dan khilaf itu jatuh atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dulu yang lambat membalas mesej di aplikasi WhatsApp dan mengangkat telefon bimbit menyebabkan timbul andaian itu ini.
"Termasuk seperti yang mama saya fikir dan rasa di Instagramnya. Saya ada kalanya jadi terlupa nak membalas semula panggilan orang lain dan mengabaikan mesej yang perlu dibalas.
"Perkara sebegini yang saya ambil mudah buat orang lain termasuk ibu bapa rasa terkilan. Sampai mereka (ibu) boleh fikir macam macam," jelasnyanya.
Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri akui sikapnya itu telah menyusahkan ramai pihak.
"Selama ini pun, kalau ada pihak tak dapat menghubungi saya, memang mereka akan cari bapa. Termasuklah di kalangan rakan media.
"Bab kerja pun akan jadi bermasalah dengan sikap saya ini. Tak timbul juga istilah ibu bapa mengongkong saya. Tapi ibu bapa mana yang tak risaukan anaknya kalau berkelakuan macam saya.
"Saya harap tabiat saya itu dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain," katanya.
Menjawab mengenai gadis bernama Farah, Aiman mengakui mereka hanya kenal atas urusan kerja
"Apa yang terjadi tak perlu babitkan dia atau orang luar pun. Macam saya cakap memang silap diri ini sendiri," ujarnya.
Perkembangan terbaharu, Aiman juga telah pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.
BACA: Kali Terakhir Jumpa Aiman Tino Tahun Lalu, Fara Hezel Terkejut Bila…
Terdahulu, kecoh apabila ibunya meluahkan rasa terkilan menerusi media sosial dan mendakwa Aiman sudah mengabaikan kerjaya seni dan keluarga.
Ibunya juga turut mendakwa Aiman gagal dihubungi sehingga mengganggu perkara melibatkan urusan kerja selain percaya anaknya dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live