gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sudah Ada 5 Anak, Ronaldo & Georgina Rodriguez Baru Bertunang
HIBURAN
Astro Audio Perkenal Aplikasi Eksklusif Setiap Stesen Radio
GAYA HIDUP
Pasangan Suami Isteri Empat Kali Juara Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila” - TMJ

Azwa Rahman
Azwa Rahman
01/06/2021
08:15 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila” - TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak mempunyai masa untuk melayan perkara-perkara gila yang berlaku di sekelilingnya.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), TMJ turut menyatakan yang beliau hanya mahu memberi tumpuan terhadap masalah rakyat di negeri Johor.
“Buat masa ni saya tiada masa layan orang gila atau benda gila. Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu,” tulis beliau di ruangan IG Story.
Malah menerusi IG Story yang berbeza, TMJ turut berpesan agar orang ramai menggunakan media sosial dengan sebaiknya demi kesihatan mental, rohani dan fizikal.
“Untuk kongsi gambar, bertanya khabar kawan-kawan, membaca berita yang tiada unsur toksik adalah okay. Tetapi untuk hidup di dalam media sosial adalah gila. Ia membazirkan masa.
“Hidup ini singkat, lebih matang untuk hidup di dunia yang nyata, buat perkara positif yang memberi manfaat kepada orang tersayang,” jelas beliau lagi.
Terdahulu, kecoh tindakan ibu kepada seorang selebriti memuat naik IG Story di Intagran miliknya yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang dipercayai pengurus media sosialnya yang mengaku tersilap menggunakan akaun IG milik ibu selebriti tersebut dengan membuat hantaran melalui medium lG Story.
Malah ibu kepada selebriti itu turut memohon maaf kepada Sultan Johor di atas kecuaian yang dilakukan pekerjanya itu.
Susulan daripada itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
Topic Berkaitan
#Media Sosial
#Johor
#Tunku Mahkota Johor
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement