Berita
“Saya Tiada Masa Untuk Diri Saya, Apatah Lagi Untuk Berpasangan” - Zizan Dedah Kenapa Masih Belum Berkahwin
Pelawak dan aktor Zizan Razak mengakui kerjayanya sebagai pelakon membuatkan dirinya tiada masa untuk mempunyai pasangan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zizan menjelaskan masanya banyak dihabiskan di lokasi pengambaran dan kerjaya.
“Assalamualaikum. Gambar ini diambil oleh assistant saya dan saya baru perasan tadi ada dalam gallery saya. Sejujurnya ini gambar waktu berkerja dan saya pun tak perasan saya boleh tertidur ketika shooting.
“Mungkin terlalu penat fizikal. Tetapi mental saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dan berkarya.
“Gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab membocorkan filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya.
“Jadi bermula harini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan. Dan gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan.
“Mungkin soalan “bila nak kahwin??” Terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya. Jadi dibulan yang mulia ni sama samalah kita berdoa demi kebaikan kita bersama dan demi masa depan yang baik buat semua. I love all of you. Love you so much. Love you more,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar masyarakat lebih menghargai karya-karya yang dihasilkan dan tidak menyokong cetak rompak hasil seseorang.
Ada juga mendoakan agar Zizan segera bertemu jodoh dan mempunyai keluarga sendiri selepas ini.
Must-Watch Video