Berita
“Saya Tiada Masalah Dia Seksi…”- Tujuh Tahun Berkawan, Alif Hadi Tak Tolak Jodoh Dengan Zizi Kirana
Pelakon Alif Hadi akui sudah tujuh tahun berkawan rapat dengan penyanyi Zizi Kirana.
Alif berkata dia tidak menolak jika selepas ini hubungan mereka akan ke fasa seterusnya.
“Sebenarnya kami memang sedang berkawan rapat dan tengah mengenali hati budi masing-masing.
“Malah, hubungan kami memang sudah diketahui keluarga masing-masing. Tidak menolak jodoh tetapi kita tunggu dan lihat,” katanya kepada Gempak.
Alif ditemui selepas pelancaran Filem Bulan & Pria Terhebat baru-baru ini.
Umum mengenali Zizi seorang wanita yang berimej seksi, namun Alif sebagai teman akui tidak kisah dengan penampilan tersebut sebaliknya selesa berkawan dengan penyanyi tersebut.
“Saya tiada masalah untuk dia seksi sebab kami berkawan sudah lama dan saya kenal dia seorang yang macam mana. Siapa tidak suka seksi sebagai lelaki saya juga suka.
“Tetapi bila kita mengenali dia, Zizi adalah seorang yang sangat jujur apa yang di media sosial, itulah dia. Saya terima seadaanya,” katanya lagi.
Alif bakal muncul filem Bulan & Pria Terhebat yang bakal ditayangkan pada 13 Mac depan.
Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Secara ringkas fielm araha Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Must-Watch Video