Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan melibatkan pegawai polis pengiring yang dipercayai melakukan kekasaran terhadap seorang di individu baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan di platform media sosial, Tunku Ismail menegaskan bahawa Baginda tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.
“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
“Justeru, saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titahnya.
Sumber: Platform X