Skip to main content

Viral

"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?

lindsay-header-(1).jpg

Pelakon dan penyanyi popular Hollywood, Lindsay Lohan seakan-akan memberikan gambaran telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Lapor majalah People, Lindsay, 36, secara rasminya memanggil lelaki terbabit dengan panggilan suami dalam satu hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

"Saya orang yang paling bertuah dalam dunia. Bukan kerana saya perlukan seorang lelaki tetapi kerana dia yang menemui saya dan tahu yang saya mahukan kebahagiaan dan kasih sayang pada masa sama.

"Saya teruja bahawa inilah suami saya. Hidup saya dan segala-galanya. Setiap wanita patut merasai sebegini setiap hari," tulisnya.
 

Must-Watch Video

Advertisement