Berita
"Saya Yang Namakannya Masa Dia Lahir" - Salina Saibi Terima Hadiah Raya Paling Bermakna Daripada Adik
Pelakon yang popular dengan drama bersiri Gerak Khas, Salina Saibi meluahkan rasa gembira apabila menerima hadiah Aidilfitri yang paling bermakna dalam hidupnya daripada adik perempuannya.
Menurut Salina, 38, pada sambutan Syawal kali ini, adiknya, Shafira Saibi menghadiahkannya senaskhah al-Quran.
"Hadiah Aidilfitri 2020 yang paling bermakna. Al-Quran digital dari adik bongsuku sayang @shafirasaibi. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ya, sayang awak," katanya menerusi satu posting di Instagram.
Dalam entri tersebut, Salina turut memuji kebaikan adiknya yang disifatkan sebagai seorang yang cukup penyayang dalam ahli keluarga.
Bahkan, dedah Salina, nama Shafira itu sendiri merupakan nama yang diberikannya sewaktu adiknya lahir.
"Shafira ni saya yang namakan dia masa dia lahir. Memang sweet sangat macam saya. Ya, sweet sangat dia suka bagi hadiah kat kakak-kakak dia. Masak-masak untuk keluarga.
"Saya suka usik dia. Dia yang jaga mak..duduk dengan mak..sebab belum kahwin lagi. Baik, cantik orangnya. Jom doakan adik kita bertemu jodoh yang baik dan bertanggungjawab," coretnya.
Pada masa sama, Salina turut berkongsi beberapa foto sewaktu sambutan Aidilfitri yang diraikan bersama ahli keluarga yang lain.
Saksikan drama lakonan Eina Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video