gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026

Gempak
Gempak
04/07/2025
18:14 MYT
Sponsor Banner
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
Sebuah filem hasil kolaborasi produksi Malaysia dan Taiwan berjudul Sayang bakal menemui penonton pada tahun 2026. Filem ini merupakan karya arahan pengarah Taiwan, Tang Hsiang-Chu, yang sebelum ini memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik di Golden Horse Awards ke-39.
Sayang menandakan debutnya sebagai pengarah filem cereka, sekali gus menjadi filem Malaysia pertama arahan pengarah Taiwan.
Diterbitkan bersama oleh More Entertainment Sdn. Bhd. (Malaysia) dan IS Entertainment Co., Ltd. (Taiwan), projek ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Taiwan Creative Content Agency (TAICCA), Taipei Film Commission, Astro Shaw, Applause Entertainment, Infinitus Entertainment, Hollymotion Venture, serta pelabur persendirian seperti Vincent Ng Kok Yung, Desmond Ling Howe Ung, dan Yap Choon Kong.
Sayang menghimpunkan lebih 100 tenaga produksi dari Malaysia, Taiwan dan India, dengan barisan pelakon hebat seperti Amir Ahnaf, Farah Ahmad, Khir Rahman, Ong Ai Leng, Mhia Farhana, Johnathan Lee, Jo Kukathas dan Nandagopall, serta pelakon Taiwan Lee Lee-Zen dan Tang Yung-Hsu.
Penggambaran filem ini bermula April lalu selama 40 hari di lokasi sekitar Kelantan dan Terengganu, dan mengangkat kisah tiga remaja dari latar belakang berbeza yang membesar di Pantai Timur.
Penerbit Eksekutif, Jin Ong, yang sebelum ini terkenal dengan Abang Adik, berkata cabaran utama produksi ini adalah memahami budaya dan geografi setempat. Namun beliau terinspirasi dengan keindahan Pantai Timur yang dianggap sebagai permata tersembunyi. Beliau percaya Sayang akan membuka mata dunia terhadap keunikan Malaysia.
Skrip filem ini telah menerima pengiktirafan di Anugerah Skrip Cemerlang ke-44 (Kategori Khas) daripada Kementerian Kebudayaan Taiwan dan pernah dipilih untuk platform pembangunan projek Golden Horse Film Project Promotion (FPP) 2022. Proses praproduksi berlangsung lebih tiga tahun sebelum penggambaran bermula.
Tang Hsiang-Chu mula mengenali Malaysia sejak tahun 2000 ketika terlibat dalam filem Summer Holiday dan telah kembali ke negara ini lebih 12 kali untuk pelbagai produksi. Minat beliau terhadap sejarah dan perpaduan budaya Malaysia menjadi inspirasi kepada naskhah Sayang.

“Sayang bermaksud cinta, kasih sayang, dan kelembutan dalam Bahasa Melayu. Ada rakan mengatakan filem ini seperti surat cinta kepada Malaysia. Ada juga yang menyamakan semangat filem ini hampir dengan karya Allahyarham Yasmin Ahmad. Namun begitu, saya tidak berani menyamakan diri dengan karya-karya hebat Yasmin Ahmad. Subjek utama filem ini bertujuan membina kefahaman antara budaya,” kata Tang Hsiang-Chu.

Astro Shaw bertindak sebagai pengedar dan pemasar filem ini di Malaysia. Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata pihaknya teruja untuk terlibat dalam projek ini kerana ia membawa mesej perpaduan dan menampilkan suara Malaysia yang jujur dan menyentuh perasaan.
“Bagi kami, Sayang adalah lebih daripada sekadar filem kerana ia adalah cermin kepada budaya, bahasa dan semangat perpaduan yang menjadi nadi kekuatan negara ini,” ujar Raja Jastina.
Penerbit Nicole Teoh pula berkongsi cabaran menerbitkan filem dengan latar budaya, agama dan bahasa yang berbeza. Namun menurutnya, kejayaan projek ini bergantung kepada keterbukaan dan komunikasi yang kuat antara semua kru dan pelakon.
Ketua Pegawai Eksekutif More Entertainment, Patrick So, turut menyatakan keyakinannya terhadap projek ini selepas menonton video teaser 7 minit yang menyentuh hati.
Pelakon Taiwan, Tang Yung-Hsu, yang juga calon Pelakon Baharu Terbaik Anugerah Golden Horse, membawakan watak San San, seorang guru bahasa isyarat. Menurutnya, pengalaman ini sangat mencabar tetapi membuka ruang untuk beliau mendalami budaya Malaysia. Beliau turut mempelajari bahasa isyarat tempatan dan menjalani latihan berenang serta bermain alat muzik tradisional.
Pelakon veteran Lee Lee-Zen pula melakonkan watak penjaga kuil Cina kecil di tepi laut. Walaupun perlu berulang-alik antara Taiwan dan Malaysia sebanyak tiga kali sebulan, beliau bersyukur dapat merasai kehidupan komuniti tempatan serta menikmati makanan seperti nasi lemak dan nasi kerabu. Beliau menyifatkan penggambaran Sayang sebagai pengalaman berbilang budaya yang istimewa.
Dari sudut teknikal, Sayang turut menampilkan barisan tenaga pakar berkelas dunia seperti sinematografer Kartik Vijay (The Garden of Evening Mists, Abang Adik), pereka bunyi Tu Duu-Chih, pakar VFX Tomi-Kuo, pereka kostum Elaine Ng, pengarah seni Soon Yong Chow dan pengarah muzik RYOTA Katayama yang masing-masing pernah menerima pengiktirafan di Golden Horse Awards dan Golden Melody Awards.
Sayang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara dan festival filem antarabangsa pada tahun 2026.
Topic Berkaitan
#Filem
#Malaysia
#Pawagam
#Taiwan
#Sayang
#Jin Ong
#Tang Hsiang-Chu
#Lee Lee-Zen
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement