Berita
"Sayangnya... Masih Terlalu Awal Untuk Bertudung" - Netizen Risau Karier Slow Down, Ini Respons Ernie Zakri…
Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri kini tampil dengan imej bertudung menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.
Penghijrahannya itu ternyata menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya sendiri.
Ramai yang memuji Ernie tampak lebih manis dan ayu dengan imej berhijabnya.
"Sejujurnya, ramai peminat yang selalu doa untuk sis berhijab dan mematuhi syariah wanita muslim walaupun kita tak pernah kenal bersemuka.
"Kamu seorang wanita berhijab yang cantik sis, semoga kekal berhijab!
"Sejuk mata memandang bila berhijab, semoga terus istiqamah.
"Gembira tahap nak melompat bintang 100 kali tengok penampilan baru Ernie. Semoga semua urusan dipermudahkan buat Ernie dan seluruh keluarga," tulis sebahagian peminatnya di ruangan komen pada posting terbaharunya itu.
Begitupun, apa yang menarik perhatian, ada juga yang meluahkan rasa bimbang sekiranya penghijrahan pelantun lagu Ku Bersuara itu sebagai permulaan buatnya untuk memperlahankan karier seni.
"Sayangnya masih terlalu awallah untuk bertudung wahai pujaanku @erniezakri. Peluang awak dalam industri nyanyian masih banyak. @byajai lah ni tak beri vokal terbaik kat AJL34 hari tu, dia dah slow down," tulis salah seorang peminatnya.
Begitupun, komen tersebut kemudian mendapat respons Ernie yang menafikan penghijrahan tersebut ada hubung kait dengan hasratnya memperlahankan kerjaya nyanyiannya.
"Pakai tudung bukan sebab saya nak slow down lah, Awak sokong saya okay, doakan saya tau," jawab Ernie kepada peminatnya itu.
Semalam, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, mengakui dirinya sudah mula tampil dengan imej berhijab.
Must-Watch Video