Jika sebelum ini pelakon Amir Ahnaf mendapat perhatian menerusi karakternya sebagai Kahar dalam drama Premium Astro Originals berjudul Projek: High Council.

Kini rezeki berpihak kepada Amir sekali lagi apabila lakonannya dalam drama Gempak Original Series berjudul Scammer Geng Marhaban juga menerima nasib yang sama.

Memegang watak sebagai Aidil iaitu seorang scammer tetapi dalam masa yang sama merupakan anak mak dan manja membuatkan ramai geli hati dengan keletahnya.

Rata-rata netizen kagum dan memuji bakat lakonan yang ada pada Amir.

Malah Scammer Geng Marhaban juga menjadi trending walaupun baru episod pertama ditayangkan minggu lalu.

Disebabkan perangai lucu Amir dalam drama berkenaan, netizen juga tidak ketinggalan mengusik pelakon kacak itu.

Antara komen yang diterima:

“Kahar lepas keluar Kudrat terus jadi kaki scam eh?”

“From Kapla to Kaki scam orang guys,”

“Karakter Aidil ni apa comel sangat?”

“Ala handsomenya tapi kaki scam pulak,”

Selain Amir, siri tulisan Sham Hashim ini turut dibintangi oleh wajah-wajah baru seperti pempengaruh terkenal Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.

Manakala pelakon hebat lain pula adalah Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem. Turut membuat penampilan istimewa ialah Raja Azura dan Zahid AF.

Jangan lupa saksikan Scammer Geng Marhaban yang diarahkan oleh Waan Hafiz ini di Astro Ria, saluran 104, setiap Khamis, jam 11 malam.

Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.

Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban.


Sinopsis:

Drama bersiri lapan episod ini mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.

Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.