,
Laman Utama

Scammer Geng Marhaban: Trending! Dapat Pujian Warganet - “Cepatlah Next Episod, Tak Sabar Ni"

Mya Amri
05/05/2023
13:50 MYT
Baru sahaja episod pertama Gempak Original Series iaitu Scammer Geng Marhaban disiarkan, netizen sudah pun memberikan reaksi positif.
Malah drama lakonan Amir Ahnaf yang sebelum ini terkenal dengan watak Kahar dalam drama Premium Astro Originals berjudul Projek: High Council ini juga sudah menjadi trending di Twitter.
Rata-ratanya menyatakan rasa tidak sabar menunggu episod seterusnya selain menyifatkan jalan cerita drama itu sangat mencuit hati.
“Sebab saya tak boleh move on, jadi saya tengok lagi #ScammerGengMarhaban dan lagi sampai lebam,” tulis seorang netizen.
“Habis dah, kenapa cepat sangat lah cerita ni habis lama lagilah nak tengok episod seterusnya minggu depan #ScammerGengMarhaban,” coret seorang lagi netizen.
“Mak dengan anak sama-sama tingtong, memang lawak la cerita ni I kenot #ScammerGengMarhaban,” tulis netizen.
Selain Amir, siri tulisan Sham Hashim ini turut dibintangi oleh wajah-wajah baru seperti pempengaruh terkenal Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.
Manakala pelakon hebat lain pula adalah Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem. Turut membuat penampilan istimewa ialah Raja Azura dan Zahid AF.
Jangan lupa saksikan Scammer Geng Marhaban yang diarahkan oleh Waan Hafiz ini di Astro Ria, saluran 104, setiap Khamis, jam 11 malam.
Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.
Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban.
Sinopsis:
Drama bersiri lapan episod ini mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.
Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Good Vibes Festival 2024 Dibatalkan, Jadi Trending & Topik Hangat Di Media Sosial

gempak
01/07/2024
21:30 MYT
Penganjuran acara muzik tahunan, Good Vibes Festival 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai depan telah pun dibatalkan serta merta.
Berita

Helikopter Agusta A109 LOH Mendarat Cemas, Ini Fakta Insiden Yang Perlu Anda Tahu

gempak
28/06/2024
12:13 MYT
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.
Filem

#Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof

gempak
01/05/2024
08:55 MYT
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Asam Laksa Paling Simple! Sherry Nak Belajar Masak, Tapi Dah Keliru Daun Kesum & Daun Limau

gempak
11/03/2024
07:25 MYT
Alamak, Sherry keliru pula daun kesum dengan daun limau.
Viral

Mak Kiah Ferry Trending Di Jepun, Selamba Main Salji Pakai Baju Kelawar - “Love! Sumpah Nak Tahu Berapa Umur Dia”

gempak
22/01/2024
02:55 MYT
Fuh hebatlah Mak Kiah Ferry ni.
BorakSeeni