"Saya tak tiru sesiapa pun," demikian jawab pelakon dan pengacara Sean Lee menyangkal dakwaan cuba meniru gerakan tarian anggota kumpulan BTS, Jungkook menerusi single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Terima.

BERITA TRENDING: Kim Seri Dikritik, Dianggap Ceroboh Privasi Sebab Kongsi Video Kawasan Rumah Suga & Jungkook BTS

Kata Sean, muzik video lagu itu sudah dirakam lebih awal namun kebetulan dilancarkan dalam tempoh yang hampir sama dengan muzik video Jungkook.

"Sebenarnya muzik video lagu ini sudah dirakam awal dan hanya tinggal proses suntingan dan pelancaran.

"Saya memang meminati Jungkook dan apabila dia keluarkan single baru mestilah saya akan tonton naskhah terbaharunya.

"Tapi tak sangka tarian Jungkook dalam single terbaharunya itu hampir menyerupai dengan gerakan Tak Sanggup Terima sedangkan idea dan konsep sudah dibuat lebih awal.

"Jadi saya pun hubungi pihak produksi maklumkan mengenai perkara ini kerana bimbang jika ada pihak yang menyamakan gerakan saya menyerupai penyanyi itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema, Kuala Lumpur pada Rabu.

BERITA TRENDING: Jungkook Dedah Alasan Takut Microwave

Menurut Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, dia mengaku terkesan dengan komen-komen netizen yang mendakwa tariannya dalam video yang tular di TikTok ‘cringe’.

“Semua orang bermula daripada asas. Menari pun boleh belajar. Saya akui saya bukanlah penari atau penyanyi terbaik, tapi saya mencuba.

“Ini adalah bidang baharu yang saya cuba teroka. Tapi tipu kalau saya tak sakit hati dengan komen-komen negatif netizen.

“Saya tak boleh kawal apa yang orang nak cakap kerana masing-masing mempunyai perspektif tersendiri,” katanya.

Terdahulu percubaan hos Gempak Most Wanted Awards 2023 itu melakukan gerakan tarian menerusi sebuah video di TikTok mendapat kritikan negatif.

Sean yang asyik menari dengan iringan single terbaharunya berjudul Tak Sanggup Terima dianggap terlalu mencuba meniru gerakan anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook.

Malah ramai mendakwa gerakan dan tarian ditampilkan Sean mirip dengan muzik video Jungkook berjudul Standing Next To You.

PILIHAN PEMBACA: #GMWA23: Zizan Razak, Sherry Alhadad Diumum Pengacara Bersama Sean Lee & Amelia Henderson…