“Sebab Hilmi Aku Bergaduh Dengan Laki Aku” - Ramai Masih Belum Move On Dengan Projek: Anchor SPM Episod 6!
Projek: Anchor SPM masih menjadi perbualan netizen di platform Twitter biarpun episod enamnya ditayangkan Isnin lalu.
Menerusi pemantauan Gempak, orang ramai mengambil kesempatan untukj menyaksikan kembali drama bersiri premium itu di aplikasi penstriman Astro Go.
Malah, tidak kurang juga buat mereka yang terlepas menontonnya Isnin lalu.
Rata-rata mereka dilihat masih belum ‘move on’ dengan apa yang berlaku pada watak Hilmi lakonan Nadhir Nasar.
“Aku bergaduh dengan laki (suami) aku sebab sokong korang party semalam. Laki aku kesian dekat Hilmi, aku plak dimarahnya”
“Geram tak habis ni, sorry Hilmi memang aku team Aizat”
“Tak sangka aku boleh repeat episod ni, geram punya pasal,” tulis beberapa netizen.
Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.
Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.