Laman Utama

“Sebab Itu Beliau Jarang Kelihatan Berada Di Khalayak Umum” - KJ Dedah Pak Lah Kini Menghidap Demensia

gempak
Izwan Isa
11/09/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
“Sebab Itu Beliau Jarang Kelihatan Berada Di Khalayak Umum” - KJ Dedah Pak Lah Kini Menghidap Demensia
Semalam, netizen dikejutkan dengan perkhabaran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih sinonim dengan pamnggilan Pak Lah kini menghidap demensia.
Menerusi laporan Astro Awani, ketika berucap merasmikan Konferens Perubatan Psikologi Malaysia 2022 di ibu negara pada Ahad, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keadaan Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, yang kini berusia 82 tahun, telah merosot sehingga ke tahap beliau tidak mengingati orang di sekelilingnya.
Malah, katanya lagi, Pak Lah juga telah sampai ke tahap – tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya – dan tubuh badannya tidak berfungsi seperti sediakala.“Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak Lah). Ya, beliau telah bersara (sejak 2009) dengan terhormat, dan tidak akan menimbulkan masalah untuk penggantinya. Beliau mempunyai demensia. Itulah sebabnya beliau tidak kelihatan lagi di mana-mana.
“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada. Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” katanya lagi.
Khairy menyentuh mengenai kepentingan sokongan perubatan demensia, kerana majlis tersebut juga berkaitan pelancaran Garis Panduan Klinikal untuk Pengurusan Dementia (Edisi Ketiga), dan Pengurusan Skizofrenia (Edisi Kedua).
Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan itu berkata, keluarga beliau mungkin mampu mendapatkan sokongan perubatan profesional untuk Pak Lah, tetapi situasi yang sama mungkin tidak dapat diperolehi atau diakses oleh sebahagian besar keluarga pesakit demensia di negara ini.
Khairy berkata, beliau dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang merangka Kertas Putih Kesihatan yang turut merangkumi usaha pemerkasaan dan pelaburan bagi memastikan dalam komuniti mendapat akses penjagaan di rumah.
“Ini mungkin permulaan bagi rakyat Malaysia, yang telah menderita akibat keadaan ini. Saya berharap, dalam proses mendraf Kertas Putih, dan pada sama proses menstruktur bajet (2023) KKM, kami dapat menzahirkan kes yang kukuh supaya sektor penjagaan kesihatan mendapat lebih banyak dana.
“Ia adalah sesuatu yang amat penting supaya petugas kesihatan dapat bersama-sama dengan petugas sosial. Supaya kita semua berada dalam pemahaman yang sama,” katanya lagi. Dalam pada itu Khairy berkata, KKM akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk mengkaji bagaimana penjagaan sosial di peringkat komuniti dapat ditingkatkan melalui tambahan peruntukan.
Beliau berkata, langkah itu dilihat perlu bagi membantu keluarga yang tak mampu menggajikan seorang jururawat untuk bersama ahli keluarga yang menghidap dementia.
Khairy turut berkongsi ciapan di Twitter pada laporan yang diterbitkan oleh Astro Awani.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live