gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bawa Konsep Borneo, Marsha Milan Gegarkan Malam Pertama Festival Muzik ASEAN-Korea ROUND 2025
HIBURAN
Rupanya Nam Ron Ada ‘Stage Fright’, Banyak Kali Fikir Sebelum Terima Teater - “Pensyarah Beritahu Saya Tidak Boleh Berlakon…”
HIBURAN
Cakra Khan Bakal Gegarkan Plenary Hall Dengan ‘Divine Concert’ Ogos Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

“Sebaiknya Kalian Bernikah Sahaja Dan...”- PU Syed Tegur Aksi Mesra Zul Ariffin & Intan Najuwa

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
09/11/2019
06:56 MYT
Sponsor Banner
“Sebaiknya Kalian Bernikah Sahaja Dan...”- PU Syed Tegur Aksi Mesra Zul Ariffin & Intan Najuwa
Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak membuat teguran terbuka kepada aktor Zul Ariffin dan Intan Najuwa berikutan aksi mesra mereka dalam sekeping foto yang tular kemarin.
Menurut PU Syed aksi mereka dilihat tidak senonoh dan dinasihatkan untuk bernikah jika hendak melakukan perkara seperti itu.
“Teguran terbuka buat Zul Ariffin & Intan Najuwa.
"Tersebarnya gambar kalian berdua berpelukan seakan suami isteri di dalam air. Bagaimanapun, saya tidak mahu kongsikan kerana ia sangat tidak senonoh walau apa jua alasan
"Sebaiknya, kalian bernikah sahaja dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya,” tulisnya.
PU Syed berkongsi teguran tersebut di akaun Instagram miliknya.
BACA: Aksi Peluk Rendam Dalam Laut Zul & Intan, Pengarah Nafi Gimik! "Adegan Tiada Dalam Montaj"
Tambahnya lagi, perilaku mereka dilihat seperti tidak takut dengan balasan api neraka kerana melanggar perintah Allah.
"Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram. Apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke neraka dan ingin masuk ke syurga namun kita lakukan sebaliknya seolah-olah teringin ke neraka
“Adakah terlalu murah perintah Allah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya?" katanya lagi
PU Syed turut menyarankan supaya Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat garis panduan buat selebriti Malaysia bagi membendung gaya hidup negatif.
“Saya rasa pihak berwajib perlu gubal undang-undang khas bagi mencegah artis yang menunjukkan gaya kehidupan negatif supaya mereka kembali kepada landasan yang sebenar,” tegasnya lagi.
Foto yang tular itu dilakukan ketika mereka dalam proses penggambaran drama Setelah Ku Dimiliki.
Namun semalam, pengarahnya Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama.
View this post on Instagram
ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang2 khas membendung artis2 yg menunjukkan gaya kehidupan yg negatif ini agar kembali kpd landasan yg sebenar. Takzir sgt baik ke atas mereka. Ws #AdeAmbeTakut
A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on Nov 7, 2019 at 10:12pm PST
View this post on Instagram
ambe rasa perlu Menteri Agama, dan JAKIM membuat satu garis panduan, bahkan menggubal undang2 khas membendung artis2 yg menunjukkan gaya kehidupan yg negatif ini agar kembali kpd landasan yg sebenar. Takzir sgt baik ke atas mereka. Ws #AdeAmbeTakut
A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on Nov 7, 2019 at 10:12pm PST
Topic Berkaitan
#Zul Ariffin
#PU Syed
#Intan Najuwa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement