Nusantara
Sebak! Ahmad Dhani Kirim Surat Dari Penjara Buat Ibu Tercinta
Selebriti popular Indonesia, Ahmad Dhani yang kini menjalani hukuman penjara mengirimkan sepucuk surat buat ibunya.
Perkara itu dikongsi isterinya, Mulan Jameela menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Di entri tersebut, Mulan memuat naik foto surat yang ditulis oleh Dhani.
Menurut pengasas kumpulan Dewa 19 itu, dia berjanji kepada ibunya untuk menjadi seorang yang lebih penyabar apabila keluar dari tahanan kelak. Selain itu, dia turut memohon ibunya agar jangan bersedih.
"Surat untuk mama, dari anakmu tercinta.
"Mama, penjara bagi mereka yang tidak bersalah adalah sekolah tinggi ilmu kesabaran.
"Alhamdulillah sekarang saya menjadi orang yang lebih sabar.
"Mama jangan sedih, jangan menangis, keluar dari penjara ini, insya-Allah saya akan menjadi orang yang lebih sabar," tulis Dhani dalam surat tersebut.
Dhani dipenjarakan selama 18 bulan atas kesalahan menyebarkan mesej kebencian di Twitter.
Must-Watch Video