Pendakwah bebas, Ebit Lew sebak apabila dapat mendengar bacaan Al-Quran anak kepada Norman Hakim iaitu Danish Hakim ketika sama-sama dalam misi taawun yang diadakan baru-baru ini.

Kata Ebit lebih terharu dan kagum lagi apabila dapat melihat hubungan Norman dan anaknya yang sangat akrab dan penuh kasih sayang.

“Terharu bila melihat abang Norman Hakim dengan anaknya hafiz Al-Quran Danish. Waktu solat jadi sebak dengar bacaannya.

“Lagi sayu waktu malam kita gilirkan waktu ibadah waktu malam. Supaya setiap masa malam dihidupkan dengan amal.

“Waktu misi taawun umat dan kasih sayang. Sekali terlihat abang Norman dan anaknya beribadah berdua.

“Last terlihat abang Norman baring diriba anaknya yang sedang baca Al-Quran. Terus rasa sedih. Makan satu dulang dengan anak kadang-kadang suap-suap,” katanya.

Ebit berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya ketika sama-sama menjalani misi tersebut.

Tambah Ebit lagi, dia juga kagum dengan semangat dan azam Norman untuk membawa seluruh ahli keluarganya berjuang di jalan Allah.

“Abang Norman buat Ta'lim rumah bersama keluarga. Katanya azam nak bawa seluruh keluarga sama-sama berjuang di jalan Allah.

“Allahuakbar. Semoga Allah beri setiap keluarga dapat berkasih sayang demikian. Ya Allah berjuta rahmat kau beri pada mereka berilah sedikit buat diriku,” katanya lagi.

Perkongsian itu juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut kagum dengan cara dan hubungan Norman bersama anak-anaknya.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)