Gaya Hidup
Sebak! Gambar Potret Keluarga Ini Bakal Buat Jiwa Anda Meruntun
Pertama kali melihat gambar ini, pasti anda berfikit dan tertanya-tanya mengapakah wanita terbabit dibiarkan begitu.
Hakikatnya, ia hanyalah suntingan semata-mata kerana wanita terbabit tidak lagi wujud di dunia ini.
Sesi penggambaran ini hanyalah sebagai cara untuk mengabadikan kenangan bersama wanita yang mereka sayangi.
Untuk pengetahuan anda, gambar terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @hazifflatiff.
Sehingga kini ia telah menerima 38,743 perkongsian oleh warganet.Isterinya telah meningal dunia tapi kerana hajat terakhir isterinya nak bergambar bersama anak2 tapi tidak kesampaian , tapi suaminya tetap cuba tunaikan hajat arwah isterinya ? pic.twitter.com/GbySCv4jye— mohamad azif (@hazifflatiff) April 30, 2019
Difahamkan, sesi bergambar itu dibuat oleh lelaki terbabit untuk menunaikan hajat isterinya yang menginginkan gambar potret keluarga sempena kelahiran anak mereka yang keempat.
Jika anda tertanya apa yang berlaku pada isterinya, arwah Ad’lean Mohd Yusof dikatakan meninggal kerana komplikasi semasa bersalin sekitar penghujung tahun lalu.
Anda boleh lihat gambar meruntun jiwa ini di bawah:
Must-Watch Video