Pelakon Fasha Sandha mengakui tersentuh apabila melihat gelagat anaknya, Putri Raysha yang menemani suaminya, Aidil Aziz untuk menunaikan solat bersama-sama.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi sepotong video ketika mereka sedang menunaikan solat bersama-sama.
"Sebak tengok video curi ni, ni kisah beberapa hari lalu, ayah balik kerja lewat malam.
"Ibu paling happy bila anak excited dan dengan sendirinya nak ikut temankan ayah solat, tak perlu suruh dan tak perlu paksa. Video kenangan," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui turut tersentuh dengan video yang dikongsikan oleh Fasha dan mendoakan kebahagiaan keluarga ini.
Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.