Laman Utama
Sebaknya Iklan Raya Astro! Kisah Ibu Berbangsa Cina Besarkan Anak Melayu Main Emosi Penonton
Pengarah Dick Chua yang dikenali dengan naratif emosi menerusi karya-karyanya puas apabila iklan Raya Astro berjudul Pertemuan Dua Hati mennyentuh hati ramai.
Mengambil masa dua hari sahaja penggambaran, Dick Chua memberitahu dia telah cuba sedaya upaya untuk mengadaptasikan kisah benar yang diinspirasikan oleh Chee Hoi Lan (ibu) dan Rohana Abdullah (anak) kepada bentuk yang ringan namun menyentuh perasaan.
“Penggambaran berjalan lancar selama kami hanya ambil masa dua hari sahaja ketika itu. Saya mendengar dan kaji kisah ibu dan anak ini dan cuba adaptasinya dalam bentuk filem pendek untuk tontonan ramai.
“Cuma kami suntikkan sedikit sahaja elemen drama dan emosi supaya penonton dapat menghayati kisah mereka dalam durasi yang singkat.
“Malah pemilihan pelakon juga saya cuba untuk mencari wajah-wajah yang seakan dengan Chee Hoil Lan dan Rohana,”katanya kepada Gempak.
Iklan, Pertemuan Dua Hati yang sarat dengan penceritaan penuh emosi di antara seorang ibu tunggal dan anak angkatnya.
Iklan kali ini mengangkat kisah Chee Hoi Lan, atau Laoshi yang pernah mendapat Anugerah Ikon Ibu Sejati Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2022.
Laoshi bertungkus lumus dalam membesarkan anak angkatnya, Rohana Abdullah yang berlainan bangsa dan agama.
Mengangkat tema Bukalah Hati, iklan Raya kami, Pertemuan Dua Hati memaparkan kisah yang diadaptasi daripada kisah benar, yakni Chee Hoi Lan, atau Laoshi yang membesarkan Rohana Abdullah tatkala dirinya masih bayi sehingga ke menara gading.
Kisah yang penuh emosi ini membuktikan apabila kita membuka hati, apa jua jurang perbezaan pasti akan diatasi.
Bukan itu sahaja, kasih sayang tidak mengenali bangsa, agama mahupun kedudukan. Semoga iklan kali ini mampu menyentuh hati sanubari semua yang menonton.
Must-Watch Video