VIRAL
Sebalik Wajah Cantik, Netizen Terhibur Dengan Kelucuan Alyssa Daguise - “Jangan-Jangan Dia Nanti Jadi…”
Sebuah video kompilasi isteri kepada pemuzik, Al Ghazali iaitu Alyssa Daguise berjaya mencuri perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di Threads, video itu memaparkan momen momen lucu Alyssa atau Alyssa Paramitha Daguisé ketika di majlis perkahwinannya
“Di sebalik wajah elegant tersimpan kerandomannya. Kelakar sangat Alyssa ni,” tulis peminat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi spontan Alyssa bersama suaminya itu.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Alyssa ni dah la cantik tapi itulah kenapa kelakar sangat ni.”
“Baru tahu yang Alyssa ni seorang yang kelakar.”
“Jangan jangan nanti Alyssa jadi seorang pelawak,” komen dari netizen.
Terdahulu, pasangan selebriti Al Ghazali dan Alyssa Daguise selamat menjadi suami isteri dalam sebuah proses pernikahan yang berlangsung damai di Hotel St.Regis di Setiabudi, Jakarta Selatan secara tertutup pada Isnin lalu.