Berita

"Sebelum Ke Ruang Tamu Kena Mandi Dulu"- Sissy Imann Letak Syarat Kalau Nak Beraya Ke Rumahnya

gempak
ZULHILMI JALIL
22/05/2020
12:15 MYT
Sponsor Banner
"Sebelum Ke Ruang Tamu Kena Mandi Dulu"- Sissy Imann Letak Syarat Kalau Nak Beraya Ke Rumahnya
Penyanyi Sissy Imann menegaskan bahawa mana-mana individu termasuklah rakan-rakannya yang mahu berkunjung ke rumah sewaktu Aidilfitri nanti perlu mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan oleh keluarganya.
Menurut Sissy, sesiapa yang masuk ke rumah, perlu mandi terlebih dulu sebelum dibenarkan pergi menuju ke ruang tamu.
"Pada raya kali ni, kalau kawan-kawan nak datang ke rumah, kena mandi dulu. Rumah Sissy dua tingkat, di tingkat bawah terdapat tandas.
"Jadi, kena mandi dulu di bawah, baru boleh naik ke tingkat atas di mana di situlah terletaknya ruang tamu. Goodluck lah kepada rakan-rakan yang nak datang rumah. Saya tak halang dan saya tak galakkan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Sissy, dia hanya menyambut lebaran di Kuala Lumpur sahaja bersama keluarga seperti tahun-tahun sudah.
"Cuma, sebelum ini lazimnya ahli keluarga sebelah ayahanda (panggilan bapa) dari Singapura akan datang ke rumah, tapi tahun ini tiadalah.
"Persiapan pun biasa-biasa sahaja. Buat kuih pun untuk sendiri makan sahaja. Duit raya pun saya tak ada buat peruntukan sebab saya rasa tak ramai yang akan datang," katanya.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Sissy Imann di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024