Laman Utama
Sebelum Tonton Filem Penunggang Agama, Ini 5 Fakta Yang Wajib Anda Tahu
Masih belum terlambat untuk melanggan filem Penunggang Agama di saluran 480, Astro First.
Penunggang Agama antara filem terkini yang wajib ditonton.
Tapi sebelum menonton, apa kata semak dahulu 5 fakta tentang filem Penunggang Agama:
1. Penggambaran di Cameron Highland.
2. Azira Shafinaz berlakon sewaktu dia sedang sakit dan tak boleh berjalan.
3. Penggambaran di rumah Jim Thomson yang digelar Raja Sutera Thai. Jim Thomson atau nama sebenarnya James Harrison Wilson Thompson hilang di Cameron Highlands dan sehingga kini masih menjadi misteri.
4. Scene pembukaan adalah sangat mencabar iaitu di kawasan Cameron Valley Tea.
5. Keadaan cuaca sangat mencabar untuk penggambaran kerana hujan dan sangat sejuk di sana.
Penunggang Agama adalah sebuah filem thriller arahan Syafiq Yusof yang dibintangi barisan pelakon hebat tanah air.
Antaranya, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.
Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.
Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar.
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Must-Watch Video