Berita
"Sebelum Umur 50, Saya Merancang Untuk..." - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat untuk mengadakan sebuah teater muzikal mengenai perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Menurut Siti, dia berharap agar hasrat itu dapat dilaksanakan sebelum umurnya mencecah 50 tahun.
"Sebelum umur saya mencecah 50 tahun, saya merancang untuk mengadakan sebuah teater muzikal mengenai perjalanan karier saya sebagai seorang penyanyi.
"Saya membayangkan teater tersebut akan menampilkan watak seorang pelakon yang akan melakonkan diri saya ketika muda, dan saya akan muncul di babak diri saya yang terkini.
"Semoga hasrat ini dapat dilaksanakan dan saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar," kata Siti kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Purnama Merindu ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket konsert ini (selain Royal Albert Hall), sila layari www.myticket.asia.
Must-Watch Video