Skip to main content

Budaya Popular

“Sebuah Lagu Itu Jadi Lebih ‘Sampai’ Jika Janda Yang Menyanyikannya” – Mafarikha Perli Siapa?

astro_gempak_mafarikha-anggap-janda-lebih-sampai-kalau-menyanyi.png

Menerusi perkongsian di Threads, Mafarikha atau lebih mesra disapa Mafa itu beranggapan sesebuah lagu itu lebih ‘sampai’ jika golongan janda yang menyanyikannya.

Ternyata perkongsian pelantun lagu Angin itu mencuri perhatian pengguna lain biarpun tidak menyebut mana-mana individu di dalam hantaran tersebut.

“Hahaha macam tau je siapa!,” tulis netizen di ruangan komen.

Malah, Mafarikha turut membalas komen tersebut dengan menyatakan perkara tersebut kini seolah sebagai trend.

“Haha dia bukan the tapi them, ramai sekarang macam trend lah!,” balas Mafa.

Terdahulu, tular beberapa persembahan beberapa penyanyi yang juga pelakon mendapat perhatian ramai sehingga menjadi bahan kritikan netizen.

Must-Watch Video

Advertisement