Pengacara Nana Mahzan mengakui baju raya untuk dia sekeluarga telah pun siap sebelum Ramadan lagi bagi menyambut Syawal ini.
Kata Nana dia dan sekeluarga akan memakai tiga busanan sedondon di Hari Raya ini.
"Tahun ini persiapan untuk baju raya saya dah siap awal untuk keluarga iaitu sebulan sebelum Ramadan lagi sebab kebetulan dah jumpa yang sedondon.
"Kami kalau baju raya mesti hendak mencari yang sedondon, jadi bila dah jumpa tu kita siapkan semua lah.
"Sebelum ini memang susah nak cari sedondon jadi dah jumpa itu kita beli awal tahun ini. Ada lah dalam dua hingga tiga pasang serta baju kasual," katanya kepada Astro Gempak.
Bercakap mengenai Ramadan, Nana menberitahu tahun ini dia akan mengambil kesempatan untuk mengerjakan ibadah tarawih di masjid.
"Saya rasa tahun ini saya sangat teruja untuk tarawih selepas beberapa tahun kita berdepan dengan pandemik.
"Jadi tahun ini saya harap saya berpeluang membawa anak sekeluarga untuk bertarawih di masjid, pasti seronok," kongsinya lagi.
Nana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Althea Raqeem Brian, 13, dan Aaqib yang kini berusia sepuluh tahun.
Syafiqah Jalal
Tue Mar 28 2023


Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan