Nasi lemak durian sudah, pizza durian pun sudah. Tapi pernahkah anda terfikir untuk menikmati nugget berperisa durian?

Kedengaran pelik bukan? Namun itulah menu terbaru yang ditampilkan syarikat makanan segera, KFC di China baru-baru.

Difahamkan, nugget durian tersebut dijual sekitar 1.50 yuan (RM 6.76) untuk empat ketul nugget ayam.

Biarpun kedengaran pelik, menu terbaru itu nampak gayanya telah diterima baik oleh penduduk di sana.

Kebanyakkan mereka mengatakan menu tersebut sebagai kombinasi yang bijak.

Namun begitu, rata-rata pengguna di Malaysia tidak bersetuju dengan menu terbaru berkenaan.

Ada yang mendakwa ia sebagai menu meloyakan dan tidak kurang juga melihatnya sebagai satu lagi hidangan pelik di pasaran.

Anda boleh lihat pelbagai reaksi mereka di platform Twitter di bawah.