Dikala ramai yang berkongsi kesibukan di dapur menyediakan juadah yang bakal dihidangkan di Aidilfitri, Norman Hakim berkongsi satu IGTV di Instagramnya, berkongsi suasana takbir raya bersama keluarga.

"Takbir raya versi keluarga kami seadanya," tulis Norman Hakim pada IGTV tersebut.

. . @memeysuhaiza @abby_abadi112 @jaiezzany @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa @awishzarisz @mikayladelishahakim @daiyandayana_ @mairadardafarisa @nsh_nsd @ms.azieah @sha_isham

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Rata-rata netizen memuji kelunakan suara Danish Hakim mengalunkan takbir raya dan tidak kurang juga yang memuji keakraban keluarga Norman Hakim bersama bekas isterinya Abby Abadi.



Bersama bekas isterinya Abby Abadi, Norman Hakim mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.



Manakala bersama isterinya Memey Suhaiza, Norman turut mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua.