Laman Utama
Sedapur Bersama Nana Mahazan...Program Terbaru Dari NAURA!
NAURA membawakan kepada anda satu program masakan terbaru iaitu Sedapur Bersama Nana Mahazan.
Untuk musim pertama ini, Nana berperanan sebagai hos ditemani beberapa tetamu istimewa dalam setiap setiap episod.
Antara tetamu jemputan yang akan ditampilkan adalah Fara Fauzana, Raqeem Brian, Reza Mohamed, Nila Kurnia dan ramai lagi.
Advertisement
Dalam program ini, mereka akan memasak hidangan yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berkongsi nilai-nilai hubungan yang baik untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.
Sedapur Bersama Nana Mahazan, program masakan menambat hati ini akan menemui anda bermula hari ini, 17 September 2020 dan akan disiarkan setiap Khamis, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari pelbagai resipi menarik dalam program ini!
Must-Watch Video