Laman Utama
“Sedar Masih Banyak Yang Perlu Ditutupi…” - Watie Cuba Perbaiki Diri, Syukur Dah Setahun Berhijab
Setahun melalui proses penghijrahan diri, usahawan, Watie Hanifiah mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab, untuk kekal istiqamah dengan penampilan itu memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” coretnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.
Bagaimanapun, Watie memaklumkan akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Sedar masih banyak kekurangan... Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki.... Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi. But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Watie merupakan teman rapat Shuib dan mula dikenali ramai selepas pelawak itu mendedahkan perkara tersebut.
BACA: [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Sejak dari itu, apa sahaja yang dilakukan Watie pasti menjadi perhatian netizen termasuklah penampilannya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video