Laman Utama
Sedar Usia Makin Tua, Aliff Syukri Berubah Jadi Lebih Matang - "Saya Nak Kumpul Banyak Pahala ..."
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan pada dirinya dan keluarga.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman berkata dia menginginkan kekayaan bukan semata di dunia tetapi berkekalan hingga ke syurga.
"Syukur alhamdulilah kehidupan saya kali ini lebih baik dari sebelum ini. Apa yang saya harapkan bukan kekayaan dunia tetapi kekayaan yang berkekalan sehingga ke syurga.
"Saya nak kumpul banyak pahala, saya nak berkumpul dengan anak saya, nak berkumpul keluarga saya dan itu lah kebahagiaan yang kekal abadi," tulisnya di Instagram (IG).
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34, pelantun lagu Bobo Di Mana itu nekad untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih matang.
"Tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat saya apabila hari kelahiran kali ini saya terasa diri dah tua.
"Maklumlah orang tersayang abah saya tak ada lagi di sisi, kulit muka pula dah berkedut dan anak semakin membesar. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lebih matang lagi.
"Terima kasih kepada yang wish hari lahir saya. Saya baca setiap komen anda saya. Terima kasih yang mendoakan kebahagian saya dan kebaikan kepada saya," tulisnya lagi.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik, Aliff membawa seluruh tenaga kerja syarikatnya seramai 100 orang beriadah di sebuah taman hiburan, Sunway Lagoon pada Sabtu lalu.
Turut bersama adalah isterinya, Datin Seri Nur Shahida serta anak-anak mereka.
Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan tersebut dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah Al Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Must-Watch Video