,
Laman Utama

“Sedih, Bayi Tak Berdosa Jangan Usik” - Nama Trending Di Twitter, Netizen ‘Pertahan’ Neelofa & Bilal

Azwa Rahman
13/10/2022
03:01 MYT
Selepas selebriti dan usahawan Noor Neelofa bertindak mempamerkan wajah anaknya untuk tatapan umum malam tadi, nama Bilal menjadi trending di laman sosial Twitter.
Rata-rata wargamaya melahirkan kata-kata pujian selepas melihat wajah comel Bilal yang sudah 9 bulan ‘disorok’ oleh ibunya.
Namun dalam pada itu, ada juga wargamaya yang berasa kesal apabila mereka seolah mengerti tindakan Neelofa berkongsi wajah anaknya berikutan tular foto Bilal yang diambil secara senyap-senyap oleh orang luar dan dijadikan bahan ejekan.
“Sedihlah Neelofa it should be a happy moment bila dia nak reveal Bilal. Tapi jadi camni pulak sume sebab hati and mulut busuk netizen yang cakap tak guna otak sebab terlampau bodoh. Semoga Bilal menjadi anak yang soleh,” komen seorang wargamaya.
“Sedih pula baca coretan neelofa. Actually saya dah pernah ternampak muka baby Bilal dekat IG Story fam Lofa maybe diorang tak perasan sebab focus story time tu dekat subjek lain; birthday party Jebat,” ujar seorang wargamaya.
“Finally, Bilal. Ah comel. Indah ciptaanNya. Bukanlah pro Neelofa tapi baby tak berdosa macam ni korang takyah usik la! Eeee,” kata seorang wargamaya.
“Morning, harap pagi ni rakyat Malaysia bangun dengan perasaan puas hati lah semalam dapat tengok Bilal,” tulis seorang wargamaya.
“Not really a fan tapi bila @Neelofa macam terpaksa reveal gambar #Bilal untuk elak umpatan cacian netizen, it’s not okay at all la. Now I kinda understand why Lofa sorok-sorok walaupun sebelum ni I pun geram. Huhu. Be strong Ummi Bilal. Semoga yang baik-baik saja untuk Bilal,” luah seorang wargamaya lagi.
Pada Selasa, seorang pengguna memuat naik foto wajah Bilal di platform TikTok ketika Neelofa membawanya untuk pemeriksaan di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Wajah Bilal kemudiannya disunting mengikut muka seorang selebriti media sosial bernama Hasbullah yang menghidap penyakit kekurangan hormon tumbesaran GHD.
Malah tidak hanya itu, ada yang turut membandingkan wajah anak masing-masing lebih comel daripada Bilal sehingga membuatkan hati Neelofa hancur berkecai melihat anaknya diperlakukan sebegitu rupa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”

gempak
15/07/2024
00:55 MYT
Setahun sudah usia anak kedua Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz iaitu Abdullah Abbas namun sehingga kini pasangan selebriti masih belum dikongsikan puteranya itu.
Hiburan

Neelofa Hanya Beraya Di KL, Bakal Dedah Wajah Abdullah Abbas Syawal Ini? - “Tengoklah Bagaimana…”

gempak
09/04/2024
04:55 MYT
Harap-harap Neelofa share wajah Abbas.
Hiburan

Neelofa Terkejut Bilal Mampu Hafal Ayat Pertama Surah Yasin - “Dia Memang Minat, Tak Ada Pun Macam Kita Suruh…”

gempak
08/04/2024
00:50 MYT
Bagusnya Bilal.
Laman Utama

Neelofa Pilih Konten Untuk Anak Tengok - “Bab Screen Time Saya Rasa Berbaloi Kawal”

gempak
20/12/2023
01:10 MYT
Muhammad Bilal dah boleh baca huruf Arab.
BorakSeeni