Laman Utama

Sedih, Ini Luahan Wanita Berpurdah Hampir Terjun Jambatan Di Kota Bharu

Gempak
29/09/2022
05:37 MYT
Semalam tular video seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah menangis ketika dipeluk seorang wanita lain selepas dipujuk supaya membatalkan niatnya untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan.
Wanita berusia 54 tahun berasal dari Pengkalan Chepa di sini dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah pada Rabu sebelum diselamatkan pengguna jalan raya.
Lapor Kosmo! Suhaila Zakaria, 28, berkata, sewaktu kejadian, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa lelaki sedang memegang wanita tersebut yang sedang menangis.
Suhaila kemudian memberhentikan motosikalnya lalu memeluk wanita terbabit sambil memenangkannya dengan menyuruhnya mengucap serta bersabar.
“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.
“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Suhaila, selepas 15 minit dipujuk, kenderaan polis yang kebetulan lalu di lokasi tersebut berhenti lalu mengambil wanita itu.
Pada masa sama, jentera bomba turut sampai di lokasi kejadian, namun wanita itu sudah dibawa anggota polis.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

gempak
25/07/2024
12:55 MYT
Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2024.
Viral

Pembunuh Bersiri Pikat & Hapuskan 42 Wanita Termasuk Isteri Di Tempat Buang Sampah

gempak
17/07/2024
12:00 MYT
Seorang lelaki Kenya yang disyaki sebagai pembunuh bersiri mengaku telah membunuh 42 wanita sebelum membuang potongan mayat mereka di tempat pembuangan sampah.
Viral

Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks

gempak
11/07/2024
07:55 MYT
Seorang wanita menceritakan tentang bagaimana dirinya terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual dalam pencarian tempat tinggal.
Viral

Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

gempak
09/07/2024
02:50 MYT
Pempengaruh yang dikenali kerana petah berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan, Mek Yun sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan konten yang dimuat naik.
Viral

Wanita Tipu Sakit Terkejut Jumpa Majikan Dalam Pesawat

gempak
08/07/2024
17:00 MYT
Seorang wanita terkejut apabila menemui majikannya di dalam penerbangan sama selepas memberikan alasan sakit untuk pergi bercuti, lapor saluran berita NDTV semalam.