Pengacara Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mempersendakan koleksi baju Melayu yang dihasilkannya bersama pereka fesyen Razman Razmi.

Menerusi entri di Instagram Pak Nil, pengacara Mikrofon Impian itu menjelaskan koleksi baju Melayu dihasilkan bersama samping dan bengkung warna sedondon itu diilhamkan daripada penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.

"Sedih jugalah bila orang persendakan, samping sedondon tu #paknil bagi percuma aje untuk mengenang idola #paknil, Allahyarham Sudir.

"Yang tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa.

"Paknil hadiahkan jugaklah samping songket supaya pemilik baju melayu ini ada pilihan.

"Settlekan? Orang baling batu, Paknil baling bunga. So, no problem," tulisnya.

Sedih jugak lah bila org persendakan. Samping sedondon tu #paknil bagi percuma aje untuk mengenang idola #paknil, Allahyarham Sudir. Yg tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa. Paknil hadiahkan jugaklah samping songket supaya pemilik baju melayu ini ada pilihan. Settlekan? Orang baling batu, Paknil baling bunga ? So, no problem.

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Pak Nil tidak mengambil pusing mengenai kritikan yang diberikan oleh netizen dan memuji tindakan beraninya mengembalikan koleksi yang pernah digayakan oleh Sudirman.

Sebelum ini, koleksi baju Melayu yang dihasilkan itu mendapat kritikan ramai dan ada yang menghasilkan karikatur seakan mempersendakan koleksi pakaian itu.