Laman Utama

Sedih Kucing Didera Jiran, Janna Nick Mahu Buat Laporan! - “Siap Ugut Nak Sembelih Kucing Kita..”

gempak
Azwa Rahman
07/04/2022
05:48 MYT
Sponsor Banner
Sedih Kucing Didera Jiran, Janna Nick Mahu Buat Laporan! - “Siap Ugut Nak Sembelih Kucing Kita..”
Pelakon dan penyanyi Janna Nick meluahkan rasa geram terhadap jirannya yang didakwa mendera seekor kucing peliharaannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.
Menurut Janna, kucing kesayangannya yang dikenali dengan nama Tempe mengalami luka di bahagian badannya sehingga menampakkan isinya.
“Aku tengah marah sangat ni, kita boleh report tak kalau jiran kita taktau la dia cucuh rokok ke kat kucing aku sampai bulu tercabut macam tu. Siap ugut kata nak sembelih kucing kita. Aku geram sangatlah.
“Tak faham aku macam mana boleh ada jiran macam ni. I kan jarang kat rumah, kucing i selalu pegi rumah dia. Tu yang dia nak warning. Dulu dia pernah simbah air kat kucing i sampai basah. Kalau basah air tu kita fahamlah tapi kalau sampai kau cabut bulu kucing aku tu dah kenapa,” ujar Janna di ruangan IG Story.
Lebih memilukan apabila setibanya di rumah, kucing pelantun lagu Gatal itu seolah-olah paranoid melihat manusia yang ingin dekat dengannya.
“Tengok ni, Tempe dah macam paranoid dengan orang. Macam trauma dah. Tengok la luka dia. Oh my God, who did that to you. Tengok dia trauma, taknak kat orang dah,” ujar Janna dengan sebak.
Menurutnya lagi, ketiga-tiga ekor kucing miliknya duduk di dalam sangkar dan turut disediakan jaring untuk mereka bermain.
Di samping itu juga, kucing-kucing Janna juga sudah dilatih untuk tidak membuang najis merata-rata terutamanya di kediaman orang lain.
“Kita dah potty trained dia. Even dalam rumah i pun dia tak pernah kencing/berak. So jangan nak tipu. Kalau betul dia kencing/berak, tunjuk bukti. Jangan main dera kucing orang suka-suka hati eh,” katanya lagi.
Malah hasil bantuan seorang pengikutnya, Janna mahu mengambil tindakan dengan melaporkan aktiviti tidak bermoral jirannya itu agar dibawa ke muka pengadilan.
“Tunggu jap, nak buat report. Jangan ingat bunuh/dera kucing takde akta dalam dunia ni. Jangan jadi bodoh,” tegas Janna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024