Gaya Hidup
"Sedih Lihat Cara Fesyen Tudung Yang Nampak..." - Yatt Hamzah Kesal Fesyen Artis Jadi Ikutan
Pelakon, pengacara dan usahawan Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah begitu kecewa dengan cara pemakaian tudung sesetengah artis sekarang ini.
Menurut Yatt, dia berasa sedih melihat cara fesyen tudung yang menampakkan leher dan telinga sedangkan itu adalah sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup bila bertudung.
"Lebih sedih bila artis yang bertudung berfesyen begitu hingga menjadi ikutan.
"Dalam drama petang-petang pun sama sampai jadi trend. Ya Allah bantulah kami. Tunjukkan kami jalan yang benar," tulis Yatt pada gambar entri tersebut.
Pada entri tersebut juga Yatt turut berkongsi pesanan kepada para suami dan wanita di luar sana yang merupakan ayat Al-Quran dan hadis.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [hadis Riwayat Bukhari]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
"Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya kerana-MU, untuk diriku juga kerana aku ada anak-anak perempuan yang sedang membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu sepertiku. Jauhkan mereka dari perkara-perkara mungkar," tulis Yatt panjang lebar.
Tambah Yatt, dia juga pernah jahil dan lalai dan pesanan yang dikongsi agar perkara yang sama tidak berlaku kepada wanita lain.
Tulis Yatt lagi, dia berpesan kerana sayang kepada semua dan memohon Allah SWT agar memberikan kekuatan kepada semua wanita untuk menjadi wanita solehah yang taat kepada suruhan Tuhan.
Must-Watch Video