Laman Utama

"Sedih Tengok Makin Ramai Orang Buka Payung Meniaga Tepi Jalan" - IM Asyraf Hiba, Dedah Terpaksa Tutup 4 Butik Kerana Covid-19

gempak
Amri Hassan
06/02/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
"Sedih Tengok Makin Ramai Orang Buka Payung Meniaga Tepi Jalan" - IM Asyraf Hiba, Dedah Terpaksa Tutup 4 Butik Kerana Covid-19
Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf tersentuh melihat situasi rakyat yang semakin ramai mulai mencari rezeki dengan cara berniaga sendiri secara kecil-kecilan.
Malah, lebih hiba apabila ada antara peniaga tepi jalan yang terpaksa berhempas-pulas mencari secebis rezeki buat menanggung diri dan keluarga ketika pandemik Covid-19.
"Ada yang papan tanda pun pakai kotak saja. Tulisan iklan pula sebesar tapak tangan. Ada yang buat makan tak menjadi. Tapi terpaksa juga jual. Walau seorang pun tak kunjung.
"Ada yang memang tak pandai berniaga langsung. Nampak sangat kekok. Mereka dah bertahun kerja makan gaji, tiba-tiba terpaksa berniaga. Bukan mudah sebenarnya.
"Bukan semua orang lahir-lahir terus pandai meniaga. Tak semua manusia skil kehidupan sama. Ada yg tak sempat belajar ilmu bisnes. Sebab kena buang kerja hari ini. Takkan esok dah bijak," katanya.
Tambah Asyraf, dia turut menyantuni dan cuba membantu sedaya-upaya dengan berkongsi rezeki kepada golongan peniaga.
"Ramai struggle. Anak di rumah kelaparan. Isteri menunggu kepulangan. Ibu ayah di kampung menanti kiriman. Apa sahaja punca rezeki yang halal, mereka sedaya upaya dapatkan.
"Mereka tak meminta-minta. Mereka ada maruah. Mereka usaha sendiri. Mereka tahu, poket mereka tak siapa peduli. Nak luah. Ramai yang susah. Media sosial pun tak sempat. Mereka hanya tahu kerah keringat.
"Saya usaha beli apa saja yang mereka jual. Beli di setiap gerai. Di rumah tiada siapa yg makan. Tapi beli dan agih sedekah merata tempat. Saya tak sampai hati kalau ada peniaga yang panggil saya. Saya tahu. Bila saja kita melalui gerai mereka, wajah mereka penuh harapan.
"Barang niaga yang tak habis. Itulah hidangan setiap hari. Lauk sama. Lauk baki niaga," ujarnya.
Justeru, Asyraf merayu kepada orang ramai agar membantu golongan peniaga kecil dan menyokong perniagaan mereka.
Dedah Asyraf juga pandemik Covid-19 turut menjejaskan perniagaannya hingga terpaksa menutup empat buah butik miliknya.
"Saya merayu pada semua. Kita support mereka. Mereka tidak mengemis. Mereka berniaga. Saya tak lah pandai niaga. Tak juga sekaya mana untuk beli semua.
"Saya pun survive. Empat butik saya terpaksa tutup operasi. Walau sakit. Tapi insyaAllah masih mampu berdiri.
"Yang lebih saya simpati bagi mereka yang tak ada langsung tongkat. Kais pagi makan pagi. Hanya menanti rebah. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024