HIBURAN
"Sedihnya Tengok Sky…" – Momen Sayu Anak Ridzuan Ridzokumura Raih Simpati Warganet
Tular di media sosial apabila anak kepada usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Sky Taizo Okumura, dilihat menangis meratapi pemergian ibu tercinta, Akiko Okumura, yang telah kembali ke rahmatullah.
Momen sebak itu turut mengundang rasa sayu dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu dikenali sebagai Neyra Syahzera berkongsi gambar anak usahawan tersebut yang menangis di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor, pada pagi Sabtu.
“Sedihnya tengok Sky macam ni,” tulisnya menerusi hantaran di aplikasi X.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan sebak melihat keadaan Sky Taizo Okumura serta ayahnya yang masih meratapi pemergian insan tersayang.
Pada masa sama, segelintir netizen turut berkongsi perasaan sedih mereka apabila menyedari Ramadan tahun ini tidak lagi akan diisi dengan siaran langsung Ridzuan Ridzokumura bersahur dan berbuka puasa dengan masakan hasil air tangan Allahyarham Akiko Okumura.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Sedih wei ada orang post malam sebelum tu anak beranak happy-happy buat live TikTok, Lepas tu esok pagi Akiko dah takde.”
“Dia manja kan dengan mama dia.”
“Kalau tak esok mesti tengok live dorang kat TikTok time sahur… Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan ya allah berilah kekuatan untuk ahli keluarga mereka,” komen netizen.
Sekadar info, isteri kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat.
Berita duka itu dikongsi oleh Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, di Instagram (IG).
“Al-fatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya Al-fatihah,” kongsinya.
Must-Watch Video