Berita
Sedozen Telur Ayam Di Venezuela Berharga RM650
Ekoran kadar inflasi yang melambung tinggi di Venezuela, harga barangan asas di negara itu meningkat secara mendadak.
Sedozen telur ayam dijual dengan harga USD$150.76 (RM650.45), pasta USD$301.50 (RM1,298), sekilo susu tepung USD$703.54 (RM3,033) dan sebiji tembikai berharga USD$40 (RM172.58).
Menurut laporan Vox, rekod inflasi paling tinggi iaitu 800 peratus dicatatkan tahun 2016 dan dijangka meningkat sehingga 2200 peratus pada tahun 2017.
Susulan itu, barangan asas antaranya susu, sabun dan telur dijual secara haram di pasaran gelap seperti kaki lima.
Situasi itu terjadi disebabkan pemilihan Hugo Chaves sebagai Presiden Venezuela pada tahun 1998 dan mencetuskan Bolivarian Revolution.
Sebanyak 6,000 makanan, barang asas dan ubat-ubatan dikenakan kawalan harga.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Business Insider
Must-Watch Video