Berita

"Segala Cara Lembut Dan Santun Telah Kita Lakukan..." - PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Produk

gempak
Badrul Hashim
24/08/2020
09:39 MYT
Sponsor Banner
"Segala Cara Lembut Dan Santun Telah Kita Lakukan..." - PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Produk
Walaupun bermacam-macam cara teguran oleh pelbagai pihak, pendakwah PU Amin mendakwa usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias masih lagi tidak mengendahkannya.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, PU Amin menulis begitu panjang tentang apa yang telah dilakukannya dan usaha orang lain untuk menyedarkan usahawan tersebut, tetapi ternyata ianya hanya sementara sahaja.
"Dia kembali secara terang terangan untuk beraksi dalam dunianya kembali. Dulu saya buat video teguran, nasihat, minta boikot produk nya, alhamdulillah bila diboikot dia kembali kepada fitrah. Namun setelah mendapat sokongan dia kembali kepada naluri songsang nya. Jika ditegur dia akan kata dia tertekan dan kemurungan.
"Saya sudah cuba bersahabat dengannya, dengan lunak dan sopan memberi peringatan, secara dm , tapi segalanya tidak diendahkan. Hakikatnya dia kembali menonjolkan diri untuk membantu produknya terus laris. Yang kita pelik kenapa ada yang membeli produknya, produk untuk kulit cantik, tapi kulitnya juga bukan asli wanita," tulis PU Amin.
PU Amin juga meminta wanita dan pembeli produk usahawan tersebut supaya tidak tertipu dan terpedaya kerana dikatakan membantu usahawan tersebut berada di dalam dunianya.
"Ayuh kita bantu dia sekali lagi untuk kembali pada jalan yang benar. Ini untuk anak dan generasi kita. Mahu kah kita anak generasi kita jadi seperti ini? Nauzubillah, segala cara lembut dan santun telah kita lakukan, apakah kita hanya perlu sibuk dengan urusan hidup nya sahaja? Sampai bila?
"Maka saya seru dan mohon semua rakyat malaysia, insan yang berakal dan berakhlak mulia akan terus dan kembali boikot segala jualan produknya. Maklum kan pada semua orang bahawa produknya perlu diboikot segera, agar dia sedar dan berubah. Kepada safiey berubah lah walau berkali-kali mencuba, inshaallah pintu taubat masih terbuka untuk kita semua," tulis PU Amin lagi.
Dia kembali secara terang terangan untuk beraksi dalam dunia nya kembali. Dulu saya buat video teguran, nasihat, minta boikot produk nya, alhamdulillah bila diboikot dia kembali kepada fitrah. Namun setelah mendapat sokongan dia kembali kepada naluri songsang nya. Jika ditegur dia akan kata dia tertekan dan kemurungan.. . Saya sudah cuba bersahabat dengan nya, dengan lunak dan sopan memberi peringatan, secara dm , tapi segalanya tidak di endahkan.. . Hakikatnya dia kembali menonjolkan diri untuk membantu produk nya terus laris. Yang kita pelik kenapa ada yang membeli produk nya, produk untuk kulit cantik, tapi kulitnya juga bukan asli wanita. Wahai wanita dan pembeli produk nya jangan lah tertipu, jangan terpedaya, anda sedang membantu dia untuk terus berada dalam dunia nya.. . Ayuh kita bantu dia sekali lagi untuk kembali pada jalan yang benar. Ini untuk anak dan generasi kita. Mahu kah kita anak generasi kita jadi seperti ini? Nauzubillah, segala cara lembut dan santun telah kita lakukan, apakah kita hanya perlu sibuk dengan urusan hidup nya sahaja? Sampai bila??.. . Maka saya seru dan mohon semua rakyat malaysia, insan yang berakal dan berakhlak mulia akan terus dan kembali boikot segala jualan produk nya. Maklum kan pada semua orang bahawa produk nya perlu diboikot segera, agar dia sedar dan berubah. Kepada safiey berubah lah walau berkali kali mencuba, inshaallah pintu taubat masih terbuka untuk kita semua.. . Semoga Allah ampunkan dosa dosa kita. Segala bencana dah lalu depan mata, sampai bila kita mahu biarkan masyarakat hidup dalam kancah kemurkaan Allah. Bantulah saya untuk bantu safiey dan seangkatan dengan nya ❤️
A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
PU Amin juga memohon semoga Allah mengampuni dosa-dosa semua, dan meminta semua membantunya untuk membantu Safie serta mereka yang seangkatan dengannya.
Baca: Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!
baca: PU Syed Suruh Safiey Bertaubat, "Gaya Hidup Sebegini Berbahaya Kerana Boleh Jadi Ikutan ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live