Pelawak popular, Shuib memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang perancangan khusus bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Shuib menjelaskan, semuanya dibuat dalam kadar sederhana, cukup sekdar meraikan kemenangan berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadan.
“Sejujurnya, kalau bercakap tentang sambutan raya ni, saya memang tak ada perancangan apa-apa. Tapi kalau ada sekalipun, ia hanyalah untuk anak-anak… sekadar nak raikan kemenangan berpuasa selama 30 hari.
“Perancangan beli baju raya untuk mereka (anak-anak) pun belum ada lagi. Tapi saya ada juga merancang nak bawa mereka berpuasa dan tempuhi bulan puasa di kampung halaman, sebab suasananya lebih berbeza dan menyeronokkan,” ujar Shuib pada pertemuan virtual program Diari Daddy baru-baru ini.
Melanjutkan bicara tentang pengurusan rumah tangga yang kini dilakukan sendiri, Shuib berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengejutkan anak-anak bangun sahur sepanjang menjalani ibadah puasa tahun ini.
Tetapi, cabaran utama yang terpaksa dilalui adalah apabila dia kehilangan selera makan yang teruk.
“Anak-anak memang dah mula teruja sejak seminggu sebelum Ramadan tiba. Alhamdulillah, bila saya kejutkan mereka untuk bangun sahur, takda sebarang masalah.
“Tambahan pula, mereka lagi tak sabar nak tolong saya kemas rumah dan teman saya ke pasar atau bazar.
“Tapi cuma saya yang mengalami gangguan selera makan yang teruk. Sepatutnya kalau bulan puasa kita rasa lapar, tapi saya takda selera nak makan.
“Saya sendiri bingung kenapa hal ini berlaku. Sebab sebelum ini pun, saya memang ada masalah selera makan sehingga berat badan menurun. Harap tiada apa-apa dan kesihatan akan keadaan akan kembali normal lepas saya ambil suplemen kesihatan,” katanya lagi.
Untuk rekod, isteri kepada Shuib allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Izwan Isa
Wed Apr 06 2022


Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!