Berita

"Sejak Kami Bercinta, Ini Pertama Kali Dia Potong Rambut Saya" - David Teo Berdebar Guna Khidmat Isteri Jadi 'Barber'

gempak
ZULHILMI JALIL
04/05/2020
04:16 MYT
Sponsor Banner
"Sejak Kami Bercinta, Ini Pertama Kali Dia Potong Rambut Saya" - David Teo Berdebar Guna Khidmat Isteri Jadi 'Barber'
Seperti yang semua maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan bisnes gunting rambut dan salun masih lagi tidak dibenarkan beroperasi.
Justeru, ramai yang mengambil inisiatif untuk meminta pertolongan daripada pasangan sendiri untuk memotong rambut masing-masing di rumah.
Begitu juga yang terpaksa dilalui produser terkenal, David Teo yang membuat keputusan untuk meminta bantuan daripada isterinya untuk menjadi bidan terjun sebagai seorang barber.
Begitupun, pemilik Metrowealth Pictures (MIG) itu mengakui turut berasa gementar kerana isterinya tidak pernah memotong rambutnya sepanjang mereka hidup bersama.
"Hari ini, MCO (Perintah Kawalan Pergerakan), tak ada potong rambut. Jadi, siapa yang potong? Pakai isteri yang tercinta potong.
"Debaran jantung saya cepat. Macam mana potong? Kalau potong yang senang, pakai mangkuk (letak di kepala), potong semua jadi botak.
"Seumur hidup, sejak kami bercinta, ini pertama kali dia potongkan rambut," katanya menerusi satu video yang dimuat naik isterinya, Jane Lim di Instagram.
Dalam video tersebut, David turut mengeluh apabila isterinya mengambil masa yang cukup lama untuk menyiapkan proses guntingan tersebut.
"Agak lamanya, sudah mengantuk...tapi orang pertama kali, kita boleh terimalah.
"Kalau berniaga pun kena belajar dari mula. Kita tak rugi wang, paling tidak pun, kurang cantik sahaja. Daripada buat drama, ke dapur..semua boleh..alangkah baik kalau dapat isteri sebegini," katanya yang turut memuji kebolehan Jane.
A post shared by All About Entertainment (@janelim169) on
Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata turut memuji isterinya yang berjaya memberikan servis menggunting rambut yang baik.
"Cantiklah! Kemas je.
"Boleh..boleh..lulus ni.
"Pandai Madam gunting, macam profesional je," tulis sebahagian netizen.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024