Gaya Hidup
"Sekali Dia Tunjuk, Tercampak Semua" - Harga Jam Mewah Tokti Curi Tumpuan Netizen, Mungkin Mencecah Hingga RM0.6 Juta!
Menjadi penyanyi nombor satu negara pastinya bukan mudah buat Datuk Seri Siti Nuhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti.
Semuanya tindak tanduk, percakapan serta pemakaian pastinya menjadi perhatian ramai khususnya peminat setianya.
Terbaru, jam tangan yang disarungkan Tokti telah menjadi perbualan ramai.
Menerusi satu posting di Twitter oleh @Ikhawan, dia berkongsi harga jam tangan tersebut yang dipercayai dari jenama Richard Mille.Jarang sangat lah Siti Nurhaliza ni flex kekayaan dia tapi sekali dia flex...tercampak stroller ribu riban ke, beg puluh puluh ribu ke. Tu kat tangan dia tak silapnya Richard Mille RM07. Ada diamonds. Harga lebih kurang USD 100-150k. Convert lah sendiri ke RM ye? pic.twitter.com/EyxfadJ5e3— Ikhwan (@JatIkhwan) August 8, 2019
"Jarang sangatlah Siti Nurhaliza ni tunjuk kekayaan dia tapi sekali dia tunjuk, tercampak semua stroller ribu ringgit, beg puluh puluh ribu ke.
"Jam tangan dia tak silap Richard Mille RM07. Ada diamonds, harga lebih kurang USD 100-150k," katanya.
Posting tersebut sehingga kini telah menerima hampir 31,000 retweet dan 3,000 likes.
Berdasarkan pemantauan Gempak, harga jam bertatahkan belian tersebut dianggarkan sekitar RM400,000 hingga RM600,000.
Sementara itu, rata-rata warganet turut sama mengagumi harga jam tangan mustika hati rakyat Malaysia itu.
Tidak kurang juga yang turut mencari harga basikal serta kasut digunakan pakai penyanyi itu menerusi posting Tokti di Instagramnya sebelum ini. Semua mencecah ribuan ringgit!
Anda boleh lihat pelbagai reaksi warganet di bawah:
pic.twitter.com/X2vbiLSV2Z— Pablo EsKoroi (@DirikuHaziq) August 8, 2019
Hahahaha itu anggaran sahaja. Sebab gambar kurang jelas. Ada baca komen katanya strap merah tu dari kulit buaya. Tapi yang pasti jam tu ada diamonds.
— Ikhwan (@JatIkhwan) August 8, 2019
Must-Watch Video