Pengacara Awal Ashaari mendedahkan salah seorang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun pernah memetik namanya dalam hantaran di media sosial.

Kata Awal peguam yang menerusi akaun Instagram (IG)nya bernama Hafidzah Hassan sengaja memetik namanya sebelum ini kerana didakwa mahu menumpang popularitinya.

Dengan berseloroh dalam kapsyen yang dimuat naik Awal ke IGnya memberithau kini tiba gilirannya pula untuk berbuat perkara yang sama.

“Selalu awak name drop saya dalam social postings awak, sebab awak nak tumpang glamour saya. Tapi sekarang awak dah terkenal , izinkan saya pulak tumpang glamour awak.

“Cuma lepas ni jangan la awak guna posting ni untuk awak charge saya fitnah awak pulak sebab awak glamour sebab tindakan awak sendiri, saya cuma nak menumpang glamour awak je… saya repost je apa yang awak pernah post pasal saya.

“Cuma saya harap kes saman saya 3 JUTA tu awak tak buat PRO BONO jugak lah. Sekurang-kurangnya kena lah buat duit jugak nak sara hidup kan… menari kat Tiktok tak dapat duit..,”
tulisnya.

Menerusi entri berkenaan, Awal memuat naik rakaman posting peguam itu sebelum ini di media sosial yang ada memetik namanya.

Kes Siti Bainun yang didakwa mendera serta mengabaikan tanggungjawab sebagai penjaga kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) sedang berlangsung di mahkamah dan Hafidzah sebagai salah seorang peguam bela dikenali selepas dilihat dalam foto yang tular bersama Bainun dan peguam yang lain.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)