,
Laman Utama

“Sekarang Baru Merasa, Seksa Juga…”- Wawa Zainal Dijangkiti Covid-19

Syafiqah Jalal
18/02/2022
08:12 MYT
Pelakon Wawa Zainal reda apabila dia disahkan positif Covid-19 sejak dua hari lalu.
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif Covid-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baru keluarannya.
“Sebenarnya tiga hari lepas saya ada penggambaran dan balik rumah saya demam. Buat ujian kendiri keputusan negatif dan saya ingat saya hanya penat sebab tak cukup tidur.
“Bila masih demam saya buat lagi ujian Covid-19 sekali lagi semalam dah ia menunjukkan positif. Tak pasti saya dapat dari mana kerana setahu saya tiada kontak rapat,” katanya kepada Astro Gempak.
Wawa memaklumkan perkara itu selepas dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan posting di Insta Story miliknya.
Mengulas lanjut mengenai simptom yang dialami, Wawa memberitahu dia mengalami demam panas dan sakit kepala yang agak teruk.
“Selalunya saya jadi kontak rapat sahaja dan belum pernah dijangkiti sehingga ada orang kata saya ni kalis Covid-19.
“Tapi kali ini, kalau Tuhan kata dia nak bagi penyakit tu kenalah kan. Sekarang ni baru merasa, seksa juga Covid-19 ni.
“Selain demam saya tidak tahan kerana mengalami sakit kepala yang amat kuat. Saya sejenis jarang sakit . Bila sakit ni saya tak gemar kalau boleh nak cepat-cepat sembuh,” ceritanya.
Pun begitu Wawa bersyukur kerana suaminya, Aaeril Zafrel dan juga anak-anak selamat dan negative Covid-19.
“Saya bersyukur setakat ni semua masih terima keputusan negatif bila buat ujian kendiri.
“Saya sahaja kuarantin di dalam bilik rumah ini. Aeril yang akan menjaga anak-anak,” ujarnya.
Wawa juga terpaksa membatalkan banyak urusan pekerjaan yang melibatkan perniagaanya selepas disahkan positif Covid-19.
Sebelum ini Aeril telah dua kali dijangkiti Covid-19 dan melakukan kuarantin kendiri di rumah.
Sekadar info, Wawa dan Aeril yang berkahwin pada tahun 2012 itu telah dikurniakan empat orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Anmum